Monday, October 22, 2007

Nabila Atiqa Binte Rahmat
Blok 456, Crescent Moon Drive
#11-25
Singapura 587965

22 Oktober 2007

Pengerusi Majlis Bandaran
Majlis Bandaran Crescent Moon Drive
453 Crescent Moon
Singapore 587965

Tuan/Puan

Aduan mengenai perangai buruk sekumpulan remaja yang berkumpul di kolong blok setiap malam

Merujuk perkara di atas, saya selaku penduduk di Crescent Moon Drive, ingin membuat aduan mengenai perangai buruk sekumpulan remaja yang berkumpul di kolong blok saya setiap malam. Saya berasa amat jengkel dengan perangai buruk mereka itu.

Agar tuan atau puan faham akan maksud saya itu, saya ingin berkongsi pengalaman dan perasaan saya terhadap perangai buruk sekumpulan remaja tersebut. Pada suatu malam, ketika saya sedang dalam perjalanan pulang dari kedai, saya ternampak sekumpulan remaja berkumpul di kolong blok saya. Terdapat kaum Adam dan Hawa dalam kumpulan tersebut. Semuanya bangsa Melayu. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat kaum Adam dan Hawa dalam sekumpulan remaja tersebut bercumbuan dan berpelukan dengan seronoknya tanpa menghiraukan beberapa pasang mata yang memandang ke arah mereka dengan jijik, iaitu orang-orang yang sedang berlalu-lalang di situ. Pakaian mereka juga seperti budak yang terbiar, tiada pendidikan moral dan agama. Ada juga yang menghisap rokok.

Saya terfikir sejenak, tidakkah mereka sedar akan perbuatan mereka itu yang hanya akan membawa padah terhadap diri mereka sendiri? Sikap mereka yang terbiasa bercumbuan dan berpelukan di tempat awam akan merubah pandangan dan sikap kaum lain terhadap kaum Melayu. Contohnya, kaum lain akan berfikir bahawa anak-anak Melayu tidak bermoral dan berpendidikan. Bukan itu sahaja, jika mereka sudah terbiasa, mereka akan terlanjur melakukan sesuatu yang tidak patut mereka lakukan seperti hubungan seks. Para remaja menghisap rokok kerana mereka berpendapat bahawa menghisap rokok itu adalah satu perbuatan yang 'COOL'. Malah, kenyataannya ialah merokok bukanlah sesuatu perkara yang 'COOL' untuk dilakukan kerana merokok hanya akan melemahkan badan seseorang, membuat seseorang itu ketagih pada rokok dan menyebabkan penyakit dalam tubuh kita.

Oleh itu, saya membuat aduan ini. Saya ada beberapa langkah-langkah untuk tuan atau puan pertimbangkan. Tuan atau puan juga boleh jadikan langkah-langkah saya itu sebagai contoh untuk tuan atau puan bagi menyelesaikan masalah ini. Langkah-langkah itu ialah mengerah beberapa pegawai polis untuk meronda di kawasan perumahan saya dan memberitahu para remaja yang didapati berlepak dan melakukan perbuatan yang tidak sopan, tentang akibat perbuatan mereka nanti dan juga mengadakan satu Majlis Syarahan tentang agama Islam khas untuk para remaja bangsa Melayu. Dengan itu, saya mengakhiri surat ini.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar
Nabila Atiqa
(Nabila Atiqa Binte Rahmat)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home