Friday, July 28, 2006

Topik 4: Penyalah-gunaan Ruang Siber(Internet)
Pada pendapat saya, sesetengah remaja telah menyalah-gunakan internet ataupun ruang siber dengan menggunakannya sebagai hiburan. Hiburan di internet ini, bukan sahaja sekadar mendengar lagu atau melihat video klip album penyanyi kegemaran mereka. Malah, memasuki diari maya(blog) orang lain, kemudian menulis perkataan-perkataan yang kesat, menggunakan kemudahan internet untuk mencaci, menghina orang lain dan juga memuatturunkan gambar-gambar yang tidak senonoh menjadi bahan hiburan bagi sesetengah remaja tersebut. Remaja selalu menggunakan internet untuk membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Jika perbuatan itu terus berlarutan hingga melanggar peraturan internet, pelbagai masalah akan timbul. Antara masalah-masalah yang akan timbul ialah remaja tersebut akan dihukum penjara dan didenda beberapa ribu dolar jika mangsa melaporkan kes tersebut ke balai polis kerana telah menggodam iaitu mengganggu ruang peribadi si mangsa dan hukuman berat akan dijatuhkan kepada remaja tersebut jika mereka menulis isi berbaur isu perkauman. Remaja boleh menjadi pengguna ruang siber(internet) yang berhemah tinggi jika mereka hanya menggunakan internet untuk perkara-perkara yang mustahak ataupun berfaedah. Contohnya, remaja menggunakan internet untuk membuat projek sekolah, menambah ilmu pengetahuan daripada lelaman web yang ada faedahnya, belajar untuk menggunakan internet dengan baik dan juga memasang sistem anti-virus yang amat berkesan agar orang lain tidak dapat memasuki ruang peribadi mereka dan untuk mengetahui jika sistem mereka dicerobohi virus. Ya, saya dapat bayangkan kehidupan saya tanpa kehadiran internet. Saya dapat membayangkan bahawa kehidupan saya amat sukar untuk membuat siasatan di internet jika ada projek yang memerlukan maklumat daripada internet dan pengetahuan saya mengenai internet akan terbatas. Selain daripada itu, saya juga tidak dapat untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan saya melalui internet, mendengar lagu-lagu di internet dan sebagainya. Tanpa internet, saya rasa ia amat membosankan bagi saya kerana internet mempunyai pelbagai kemudahan tetapi saya tidak akan meyalah-gunakannya sehingga melanggar peraturan internet seperti yang dilakukan sesetengah remaja tersebut. Sekian.

Wednesday, July 19, 2006

Topik: Siapa Buli???
Ya, memang benar bahawa sebenarnya ramai remaja yang tidak sedar yang mereka seorang mangsa buli di sekolah kerana mereka masih tidak tahu tanda-tanda dibuli. Kerana itu, saya amat percaya bahawa kes-kes buli juga wujud di sekolah saya. Pada pendapat saya, sesetengah remaja itu menjadi mangsa buli mungkin kerana mereka mempunyai kelemahan dalam diri mereka. Selalunya, para remaja yang kerap menjadi mangsa buli adalah remaja-remaja yang lemah dalam segi fizikal, kurang atau tiada keyakinan diri dan tiada atau kurang daya untuk mempertahankan diri mereka sendiri dari apa segi pun. Mungkin itu adalah sebab-sebab sesetengah remaja dibuli. Tanpa disedari mangsa, si pembuli dan mangsa buli, kes pembulian itu akan meninggalkan kesan-kesan yang sangat dalam bagi diri mereka. Kesan-kesan pada para remaja yang menjadi mangsa buli ialah mereka akan rasa sedih yang begitu dalam hingga mereka ingin membunuh atau mencederakan diri mereka sendiri dan kadang-kala ia akan membuat seseorang itu berasa sungguh tertekan dan membuat mereka untuk membalas dendam kepada si pembuli dan mereka akan bertindak lebih aggresif. Manakala, si pembuli pula akan dikaunseling oleh guru-guru mereka ataupun para kaunselor untuk menyedarkan mereka tentang kes-kes pembulian dan kesan-kesannya jika mangsa buli melaporkan kes tersebut kepada guru mereka. Selain daripada itu, jika kes-kes pembulian itu menjadi lebih teruk hingga berlakunya sembarang kecederaan antara satu sama lain, si pembuli itu akan dikeluarkan ataupun diberhentikan sekolah dan dimasukkan ke Rumah Para Belia. Di tempat itu, mereka akan diajar untuk bersikap baik untuk selama beberapa tahun. Manakala, mangsa buli akan memasuki kelas kaunseling dan ibu bapa mereka juga akan turut hadir. Saya tahu bagaimana rasanya apabila dibuli kerana saya pernah mengalaminya semasa saya darjah tiga. Pada masa itu, saya tidak mempunyai ramai kawan. Saya selalu diketepikan oleh rakan-rakan sedarjah, dikutuk, dihina, dipanggil dengan nama-nama yang kesat. Rasanya memang perit sekali bagaikan pisau menusuk dada. Tetapi, saya tetap bersabar dengan segalanya walaupun ia seperit mana sekalipun. Saya hanya mampu bersabar dan berdoa. Saya rasa diri saya ini sudah terbiasa dengan kes pembulian. Apablia saya melihat teman-teman yang dibuli, saya berasa simpati terhadap mereka. Sekian.

Monday, July 10, 2006

Mudik ke hulu
Pada pendapat saya, para remaja memasang tatu di tubuh mereka kerana dorongan daripada pihak tertentu.Contohnya pengaruh kawan-kawan, pengaruh daripada media barat, sikap kurang keyakinan diri dan kedaifan agama.Para remaja yang memasang tatu di tubuh mereka atas pengaruh kawan-kawan selalunya berlaku apabila seseorang itu bergaul dengan kawan-kawan yang tidak baik perangainya ataupun boleh dikatakan salah gaulan.Contohnya, para remaja bergaul dengan kumpulan 'samseng' yang memasang tatu di tubuh mereka.Kumpulan 'samseng' tersebut akan mempengaruhi para remaja tersebut untuk memasang tatu kerana bagi mereka, memasang tatu itu adalah 'kool' dan shiok.Pengaruh daripada media barat selalunya daripada rancangan-rancangan di televisyen dan internet.Rancangan-rancangan di televisyen pada zaman moden ini banyak memaparkan adegan-adegan orang barat.Ia mempunyai adegan-adegan yang tidak sopan dan yang sungguh keterlaluan.Para remaja yang kurang pengetahuan ataupun daif tentang agama dan budaya kita akan mudah terpengaruh dengan budaya barat.Daripada internet pula, remaja akan mendapat banyak informasi yang akan mendorong mereka memasang tatu, lagi-lagi mereka yang kurang keyakinan diri.Mereka yang kurang keyakinan diri selalinya berpelajaran rendah, mempunyai masalah keluarga seperti berpecah-belah, bercerai-berai dan ibu bapa yang tidak mengendahkan mereka.Antara masalah yang akan timbul akibat daripada perbuatan itu ialah, jika para remaja memasang tatu di tubuh mereka hanya untuk menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai akan berada dalam bahaya sekiranya ada kumpulan 'samseng' yang tidak puas hati apabila melihatnya kerana mereka akan dipukul hingga cedera parah.Selain itu, masyarakat akan memandang rendah terhadap mereka dan mereka akan menghadapi kesusahan untuk mendapat kerja ataupun ingin bersekolah lagi bila mereka menyesal nanti.Pada pendapat saya terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak tertentu yang disebutkan dalam artikel adalah usaha itu amat baik kerana pihak tersebut boleh membantu untuk menghilangkan tatu-tatu di tubuh para remaja walaupun ia amat susah dan memakan tempoh yang agak lama.Jika saya mempunyai teman yang menghadapi masalah yang sedemikian, saya akan menasihati mereka supaya menjalani rawatan untuk menghilangkan tatu di tubuhnya atau mereka sebelum timbulnya pelbagai masalah kerana itu adalah yang terbaik untuk mereka.

Sunday, July 02, 2006

Jumaat, 30 June 2006
Pada pandangan saya mengenai perkara ini ialah, mereka tidak sepatutnya menyalah gunakan blog seperti mengepos komen-komen yang berunsur perkauman,komen-komen yang tidak berasas contohnya mencaci, mencela,memfitnah,menganiaya orang lain ataupun orang yang mereka dengki dan memapaparkan perkara-perkara yang lucah. Ia kerana ia akan membuat mereka dikenakan tindakan undang-undang jika berlakunya laporan polis mengenai perbuatan itu daripada orang-orang yang tidak suka akan perbuatan mereka itu. Oleh itu, remaja perlu tahu etika ketika menulis blog kerana supaya tidak meningkatnya kes-kes yang melibatkan penyalah gunaaan blog. Akibatnya, jika kita tidak berwaspada,dalam mengunakan blog ialah mungkin kita akan ditangkap atau didenda kerana melanggar undang-undang atas penyalah gunaan blog.Misalnya,,jika perbuatan penyalah gunaan blog kita itu terlalu tidak sopan ataupun sudah terlalu berleluasa di dalam internet,kita akan ditangkap dan dipenjara ataupun didenda beberapa ribu.Selain dari dipenjara,ditangkap dan didenda,kita juga mungkin tidak dibenarkan mendaftarkan nama di dalam lelaman blog,friendster,msn,yahoo,hotmail dan lain-lain lagi.Saya,sebagai seorang pelajar akan cuba menjadi seorang pengguna blog yang baik dengan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak seharusnya lakukan di blog seperti yang saya sebutkan di atas kerana pada pendapat saya,perbuatan itu amat tidak sopan dan jika sesiapa yang membacanya akan berfikiran buruk terhadap diri kita dan akhirnya akan membuat diri kita malu sahaja.Bagi saya, saya akan menggunakan blog untuk perkara-perkara yang mustahak dan berfaedah sahaja.Jika saya ingin hiburan,saya tidak akan memaparkan perkara-perkara yang lucah dan tidak melebihi batasnya.