Topik 2
Tidak, saya tidak setuju dengan pendapat itu. Saya tahu Singapura adalah sebuah negara yang mempunyai daya tarikan yang asli. Ia kerana Singapura terkenal di seluruh dunia kerana keadaan pelabuhannya dan tempatnya yang amat strategik. Walaupun kecil, Singapura setanding dengan pelabuhan seperti Penang. Ini kerana kelebihannya yang asli. Singapura mempunyai banyak pulau-pulau yang penuh dengan keindahan semula jadi. Contohnya, Pulau Ubin, Pulau Kusu, Pulau Hantu, Pulau Sentosa dan lain-lain lagi. Singapura juga ada banyak tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Contohnya ialah Bukit Timah, Taman Chek Jawa, Sungei Buloh dan lain-lain lagi. Selain itu, jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain, hanya di negara kita yang terdapat kesefahaman antara kaum yang begitu unik dan asli. Dari kesefahaman ini, terlahirlah penduduk-penduduk yang berbilang kaum tetapi bersatu padu. Penduduk yang berbilang kaum itu terdiri daripada orang Melayu, orang Cina, orang India dan orang Inggeris. Mereka bercakap bahasa 'Singlish', iaitu bahasa inggeris bercampur dengan bahasa kaum itu sendiri. Hingga sekarang, empat kaum itu masih bersatu padu. Dan sebab itulah, Singapura membangun dan kini menjadi sebuah negara yang maju, tegas dan berdikari. Dengan keadaannya yang maju, banyak orang dari negara-negara lain melancong ke Singapura untuk melihat keindahan semula jadi di Singapura yang kini menjadi daya tarikan pelancong. Itulah sebab mengapa saya amat menyayangi negara saya ini kerana saya terpikat dengan daya tarikan asli yang terdapat di Singapura. Sekian.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home