Topik 1
Tidak, saya tidak setuju. Walaupun kini terdapat kebendaan seperti alat pemain MP3 dan internet dan sebagainya, saya tahu remaja masih memerlukan sahabat. Ia kerana sahabat lebih penting daripada kebendaan. Sahabat susah untuk dicari manakala kebendaan senang untuk dicari. Kebendaan senang dicari kerana ia terdapat di mana-mana. Sahabat susah dicari kerana ia kerap datang dan pergi. Kebendaan tidak pernah membawa kebahagiaan dan kesenangan kerana ia hanyalah teman menghibur diri. Sahabat adalah seseorang yang kita rapat dengan dan kita percayai, tempat di mana kita pergi untuk mengadu. Memang benar, remaja boleh bergantung kepada kebendaan seperti alat pemain MP3, internet dan sebagainya sebagai teman menghibur diri kerana itu fungsinya. Tetapi, remaja juga memerlukan sahabat sebagai teman menghibur diri. Seorang sahabat bukan sahaja sebagai teman menghibur diri tetapi tempat kita mengadu, berkongsi masalah, memuatturunkan lagu-lagu di alat pemain MP3 antara satu sama lain, bersembang di ruangan sembang di internet, keluar membeli-belah di mall bersama-sama, bergurau, bercanda dan sebagainya. Alat pemain MP3 boleh dibawa ke mana-mana dan menghibur diri remaja dengan muzik, tetapi tidak boleh dibual dengan kerana ia tidak bernyawa, manakala internet pula akan amat membosankan jika remaja tidak mempunyai sahabat untuk bersembang dengan selama beberapa jam di ruangan sembang. Kebendaan seperti alat pemain MP3 , internet dan sebagainya tidak memahami diri kita seperti seorang sahabat. Tanpa sahabat, kita tidak akan merasakan keseronokan, kebahagiaan dan kesenangan bersama. Saya yakin remaja berasa lebih gembira bersama sahabat, seperti yang saya rasakan. Itulah sebab saya mengatakan bahawa sahabat lebih penting daripada kebendaan. Sekian.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home