Wednesday, July 19, 2006

Topik: Siapa Buli???
Ya, memang benar bahawa sebenarnya ramai remaja yang tidak sedar yang mereka seorang mangsa buli di sekolah kerana mereka masih tidak tahu tanda-tanda dibuli. Kerana itu, saya amat percaya bahawa kes-kes buli juga wujud di sekolah saya. Pada pendapat saya, sesetengah remaja itu menjadi mangsa buli mungkin kerana mereka mempunyai kelemahan dalam diri mereka. Selalunya, para remaja yang kerap menjadi mangsa buli adalah remaja-remaja yang lemah dalam segi fizikal, kurang atau tiada keyakinan diri dan tiada atau kurang daya untuk mempertahankan diri mereka sendiri dari apa segi pun. Mungkin itu adalah sebab-sebab sesetengah remaja dibuli. Tanpa disedari mangsa, si pembuli dan mangsa buli, kes pembulian itu akan meninggalkan kesan-kesan yang sangat dalam bagi diri mereka. Kesan-kesan pada para remaja yang menjadi mangsa buli ialah mereka akan rasa sedih yang begitu dalam hingga mereka ingin membunuh atau mencederakan diri mereka sendiri dan kadang-kala ia akan membuat seseorang itu berasa sungguh tertekan dan membuat mereka untuk membalas dendam kepada si pembuli dan mereka akan bertindak lebih aggresif. Manakala, si pembuli pula akan dikaunseling oleh guru-guru mereka ataupun para kaunselor untuk menyedarkan mereka tentang kes-kes pembulian dan kesan-kesannya jika mangsa buli melaporkan kes tersebut kepada guru mereka. Selain daripada itu, jika kes-kes pembulian itu menjadi lebih teruk hingga berlakunya sembarang kecederaan antara satu sama lain, si pembuli itu akan dikeluarkan ataupun diberhentikan sekolah dan dimasukkan ke Rumah Para Belia. Di tempat itu, mereka akan diajar untuk bersikap baik untuk selama beberapa tahun. Manakala, mangsa buli akan memasuki kelas kaunseling dan ibu bapa mereka juga akan turut hadir. Saya tahu bagaimana rasanya apabila dibuli kerana saya pernah mengalaminya semasa saya darjah tiga. Pada masa itu, saya tidak mempunyai ramai kawan. Saya selalu diketepikan oleh rakan-rakan sedarjah, dikutuk, dihina, dipanggil dengan nama-nama yang kesat. Rasanya memang perit sekali bagaikan pisau menusuk dada. Tetapi, saya tetap bersabar dengan segalanya walaupun ia seperit mana sekalipun. Saya hanya mampu bersabar dan berdoa. Saya rasa diri saya ini sudah terbiasa dengan kes pembulian. Apablia saya melihat teman-teman yang dibuli, saya berasa simpati terhadap mereka. Sekian.

2 Comments:

At 9:06 AM, Blogger Cat said...

Kulit:4 Isi:9 Bahasa:8 Jumlah:31

 
At 4:47 AM, Blogger Cat said...

Pembetulan.

Kulit:4 Isi:9 Bahasa:8 Jumlah:21

 

Post a Comment

<< Home