Topik 4: Penyalah-gunaan Ruang Siber(Internet)
Pada pendapat saya, sesetengah remaja telah menyalah-gunakan internet ataupun ruang siber dengan menggunakannya sebagai hiburan. Hiburan di internet ini, bukan sahaja sekadar mendengar lagu atau melihat video klip album penyanyi kegemaran mereka. Malah, memasuki diari maya(blog) orang lain, kemudian menulis perkataan-perkataan yang kesat, menggunakan kemudahan internet untuk mencaci, menghina orang lain dan juga memuatturunkan gambar-gambar yang tidak senonoh menjadi bahan hiburan bagi sesetengah remaja tersebut. Remaja selalu menggunakan internet untuk membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Jika perbuatan itu terus berlarutan hingga melanggar peraturan internet, pelbagai masalah akan timbul. Antara masalah-masalah yang akan timbul ialah remaja tersebut akan dihukum penjara dan didenda beberapa ribu dolar jika mangsa melaporkan kes tersebut ke balai polis kerana telah menggodam iaitu mengganggu ruang peribadi si mangsa dan hukuman berat akan dijatuhkan kepada remaja tersebut jika mereka menulis isi berbaur isu perkauman. Remaja boleh menjadi pengguna ruang siber(internet) yang berhemah tinggi jika mereka hanya menggunakan internet untuk perkara-perkara yang mustahak ataupun berfaedah. Contohnya, remaja menggunakan internet untuk membuat projek sekolah, menambah ilmu pengetahuan daripada lelaman web yang ada faedahnya, belajar untuk menggunakan internet dengan baik dan juga memasang sistem anti-virus yang amat berkesan agar orang lain tidak dapat memasuki ruang peribadi mereka dan untuk mengetahui jika sistem mereka dicerobohi virus. Ya, saya dapat bayangkan kehidupan saya tanpa kehadiran internet. Saya dapat membayangkan bahawa kehidupan saya amat sukar untuk membuat siasatan di internet jika ada projek yang memerlukan maklumat daripada internet dan pengetahuan saya mengenai internet akan terbatas. Selain daripada itu, saya juga tidak dapat untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan saya melalui internet, mendengar lagu-lagu di internet dan sebagainya. Tanpa internet, saya rasa ia amat membosankan bagi saya kerana internet mempunyai pelbagai kemudahan tetapi saya tidak akan meyalah-gunakannya sehingga melanggar peraturan internet seperti yang dilakukan sesetengah remaja tersebut. Sekian.

1 Comments:
Kulit:4 Bahasa:8 Isi:8 Jumlah:20
Post a Comment
<< Home