Mudik ke hulu
Pada pendapat saya, para remaja memasang tatu di tubuh mereka kerana dorongan daripada pihak tertentu.Contohnya pengaruh kawan-kawan, pengaruh daripada media barat, sikap kurang keyakinan diri dan kedaifan agama.Para remaja yang memasang tatu di tubuh mereka atas pengaruh kawan-kawan selalunya berlaku apabila seseorang itu bergaul dengan kawan-kawan yang tidak baik perangainya ataupun boleh dikatakan salah gaulan.Contohnya, para remaja bergaul dengan kumpulan 'samseng' yang memasang tatu di tubuh mereka.Kumpulan 'samseng' tersebut akan mempengaruhi para remaja tersebut untuk memasang tatu kerana bagi mereka, memasang tatu itu adalah 'kool' dan shiok.Pengaruh daripada media barat selalunya daripada rancangan-rancangan di televisyen dan internet.Rancangan-rancangan di televisyen pada zaman moden ini banyak memaparkan adegan-adegan orang barat.Ia mempunyai adegan-adegan yang tidak sopan dan yang sungguh keterlaluan.Para remaja yang kurang pengetahuan ataupun daif tentang agama dan budaya kita akan mudah terpengaruh dengan budaya barat.Daripada internet pula, remaja akan mendapat banyak informasi yang akan mendorong mereka memasang tatu, lagi-lagi mereka yang kurang keyakinan diri.Mereka yang kurang keyakinan diri selalinya berpelajaran rendah, mempunyai masalah keluarga seperti berpecah-belah, bercerai-berai dan ibu bapa yang tidak mengendahkan mereka.Antara masalah yang akan timbul akibat daripada perbuatan itu ialah, jika para remaja memasang tatu di tubuh mereka hanya untuk menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai akan berada dalam bahaya sekiranya ada kumpulan 'samseng' yang tidak puas hati apabila melihatnya kerana mereka akan dipukul hingga cedera parah.Selain itu, masyarakat akan memandang rendah terhadap mereka dan mereka akan menghadapi kesusahan untuk mendapat kerja ataupun ingin bersekolah lagi bila mereka menyesal nanti.Pada pendapat saya terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak tertentu yang disebutkan dalam artikel adalah usaha itu amat baik kerana pihak tersebut boleh membantu untuk menghilangkan tatu-tatu di tubuh para remaja walaupun ia amat susah dan memakan tempoh yang agak lama.Jika saya mempunyai teman yang menghadapi masalah yang sedemikian, saya akan menasihati mereka supaya menjalani rawatan untuk menghilangkan tatu di tubuhnya atau mereka sebelum timbulnya pelbagai masalah kerana itu adalah yang terbaik untuk mereka.

1 Comments:
Kulit:4 Isi:9 Bahasa:8 Jumlah:21/25
Post a Comment
<< Home